
Sulit
4 tahun
Tidak datang haid selama 3bulan
saya sudah tidak datang haid selama 3bulan.soalan saya selama 3bulan tidak datang haid adakah bermakna tidak ada ovulation, saya berumur 35tahun dan sudah berkahwin, adakah saya boleh memgandung jika tidak datang haid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Kami faham masalah berkenaan haid lewat yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita boleh mengalami haid lewat, seperti:
- Sindrom polisistik ovari ( polycystic ovarian syndrome /PCOS)
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu sibuk
- Tekanan emosi atau stres
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan perancang (pil/suntikan/implan)
- Hamil
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sudahkan anda melakukan ujian kehamilan? Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa ujian UPT boleh menjadi negatif atau samar-samar:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan atau tarikh penggunaan telah luput
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar: dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Jika anda masih belum melakukan upt,anda boleh melakukannya dan jika anda ragu-ragu kerana keputusan UPT anda kabur, anda boleh terus berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan sama ada anda hamil ataupun tidak.
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda atau seseorang wanita boleh mengalami masalah haid lewat. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan boleh diberikan sekiranya perlu.
Anda juga boleh merekodkan kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar untuk rujukan atau doktor dan anda boleh melihat bentuk kitaran haid anda pada setiap bulan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.