
annaroseanna87
6 tahun
Tidak datang haid selepas bersalin
Saya wanita 32yrs sudah tidak datang haid selepas bersalin selama 3 bulan dan telah bersama dengan suami…masih belum mengambil apa2 perancang kehamilan…yang mendatangkan kerisauan saya ialah saya mendapati seperti tanda2 hamil…tapi belum buat upt…pada minggu lepas ade lendir putih pekat dan kenyal keluar melalui faraj saya…adakah saya hamil…

6 tahun
Terima kasih atas soalan anda. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan anda.
Waktu bila haid setelah melahirkan akan terjadi mungkin sulit untuk ditentukan. Hal ini kerana waktu haid setelah melahirkan akan berbeza-beza tiap ibu. Banyak faktor yang mempengaruhi hal ini, seperti tubuh ibu dan bagaimana ibu menyusui bayinya.
Jika anda menyusui bayi anda secara eksklusif, haid pertama anda mungkin akan terjadi dalam waktu lebih lambat sejak anda melahirkan, boleh sampai 6 bulan. Terlebih jika bayi anda rajin menyusu pagi dan malam hari, serta susu anda keluar dengan lancar.
Lain lagi jika anda tidak menyusui bayi anda. Anda mungkin akan haid lagi dalam waktu lebih cepat, hanya beberapa minggu setelah melahirkan. Ibu yang tidak menyusui bayinya mungkin akan mendapatkan haid pertamanya dalam waktu 3 minggu sampai 10 minggu setelah melahirkan (rata-rata 45 hari setelah melahirkan).
Jika, puan khawatir hamil lagi anda dinasihati untuk membuat Urine Pregnancy Test di rumah. Jika ia negative tapi haid tidak datang lagi untuk beberapa minggu, anda dinasihati untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.