Sulit
5 tahun
Tidak datang haid selepas keguguran. Apakah masalahnya dan penyelesaiannya?
Hi, salam ramadhan. Saya seorang wanita berumur 24 tahun dan sudah berkahwin selama 1 tahun 5bulan. Pada akhir bulan march 2019 saya telah mengalami keguguran. Usia kandungan masuk 2 bulan. Selepas dari keguguran itu saya tidak mengalami haid sehingga sekarang. Pada bulan oktober dan disember 2019 saya telah mengambil rawatan hormon di sebuah klinik swasta, namun oleh kerana masalah kewangan saya terpaksa menghentikan rawatan tersebut. Selepas keguguran itu juga saya telah mengambil inisiatif tradisional iaitu berurut. Hampir semua tukang urut mengatakan rahim saya mudah jatuh@sensitif. Pada awal perkahwinan saya juga saya mengalami perubahan mendadak pada berat badan saya iaitu dari 54kg ke 70+kg. Adakah ini berkaitan? Sebelum berkahwin saya turut mengalami haid yang tidak teratur sehingga setahun hanya dua kali sahaja. Tapi selepas berkahwin masalah menjadi semakin serius.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana anda telah mengalami masalah ini dalam tempoh yang lama. Anda boleh berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan kerana kos perubatan di sana lebih murah berbanding swasta.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.



























