
Sulit
5 tahun
Tidak datang haid selepas melakukan seks
Saya wanita berumur 22 tahun, saya dengan bf telah melakukan seks (tidak memakai kondom atau apa2 alat perlindungan seks) pada 12/3 yang lalu. Pada 14/3, saya telah mula haid. Tetapi pada 14/3 yang lalu, saya tidak didatangi haid. Adakah saya telah mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Memandangkan anda telah lewat selama 2 hari, hal ini boleh menjadi normal. Anda disarankan untuk menjalani ujian kehamilan sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu haid lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.