
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid selepas memakan pil perancang
Saya wanita berumur 21 tahun dan telah pun menikah, tetapi saya dan suami saya telah bersepakat utk tidak memiliki anak terlebih dahulu. Jadi saya memilih utk memakan pil perancang. Yang saya bimbangkan sekarang ini, sepatutnya 7 hari lepas saya datang haid, tetapi sehingga ke hari ini saya masih tidak datang haid. Saya sudah check kehamilan tapi result negatif, tapi kenapa saya masih tidak haid padahal sebelum ini haid saya lancar sahaja dan tepat pada masanya? Adakah ini termasuk efek sampingan dari pil perancang? Mohon pencerahan doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kegusaran mengenai haid yang tidak datang selepas mengambil pil perancang. Berdasarkan kenyataan anda, gangguan kitaran haid ataupun tidak datang haid merupakan kesan sampingan biasa yang dialami oleh individu yang mengambil pil perancang. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Berikut juga antara sebab lain mengapa seseorang wanita mengalami gangguan haid:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan ubat-ubatan
Selain kesan sampingan yang telah disebutkan di atas, berikut merupakan kesan sampingan pengambilan pil perancang:
- Perubahan mood
- Kenaikan berat badan
- Pening atau/dan sakit kepala
- Sakit payudara
- Loya
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.