
Anonymous
5 tahun
Tidak datang period hampir 2 bulan
Saya berumur 35 tahun, sudah berkahwin. Pertengahan bulan januari sy kehilangan anak sewaktu kandungan 24 minggu. Aturan period sy seperti dibawah
PERIOD DATE
- Pregnant
- 8 Feb 2019 (Nifas)
- 2 Mar 2019
- 12 Apr 2019
Last period sy 12/4/19 dan smp ke hari ini period sy tak datang. sy dh buat UPT test negative. Boleh bantu sy, apa yg perlu sy buat ye…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Mengandung
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda boleh melakukan ujian upt sekali lagi atau terus ke klinik agar doktor boleh melakukan ujian seperti imbasan ultrasound bagi memastikan status anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.