
Sulit
4 tahun
Tidak datang period selama 40 hari
Hai saya wanita berusia 22 tahun dan sudah berkahwin. saya last datang haid pada tarikh 27/10/2020, shingga skrang saya masih tidak datang haid lagi. pada 3 mnggu lepas hari rabu saya ada check UTP dan keputusannya negatif, saya check kerana saya mempunyai calitan coklat sedikit dan juga titisan darah hanya setitik. apakah patot saya lakukan sekarang? adakah saya perlu check UTP lagi skali atau rujuk dengan klinik berhampiran ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.