
Sulit
4 tahun
Tidak datang period selama 44 hari
Saya berumur 20 an. Sebelum ini kitaran period saya adalah dalam 33 @ 34 hari. Tapi yg terkini , saya period pada 1 November dan sehingga kini 14 december saya masih tak datang period. Tidak pernah alami sebegini sevelum
Ini. Minta pencerahan ttg masalah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid tidak datang.
Untuk makluman anda, sekiranya anda tidak datang haid, ia bukan sahaja bermaksud anda hamil atau tidak, masalah tidak datang haid boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi lain seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Anda masih risau kerana tidak datang haid ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!