
Sulit
4 tahun
Tidak datang period selama 5 bulan
Salam. Saya berumur 30 tahun. Setelah melahirkan anak pertama pada tahun 2019, saya mengambil cucuk perancang. Period datang pada setiap bulan. Pada november 2020 saya mengambil cucuk perancang yang terakhir dan tidak datang untuk cucuk pda bulan januari. Bermula pada disember 2020 period saya tidak datang sehingga april 2021 dan sy tidak mengandung. Kadangkala sy berasa tidak selesa seakan-akan senggugut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana bertanya.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah tidak datang haid selama 5 bulan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Namun kelewatan haid juga boleh berpunca dari:
- kehamilan atau menyusu anak bayi
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh dilaksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk penerangan dan nasihat lanjut. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!