
Sulit
3 tahun
Tidak datang period selama 6 bulan
saya wanita berusia 21 tahun. Saya belum berkahwin. Saya last period bulan 12 tahun 2020. selepas itu saya tidak datang period sehingga lah bulan 6 saya pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan . saya didapati ada PCOS tapi tidak mendapat maklumat dengan detail dan diberi ubat sunolut norethisterone. selepas beberapa makan ubat tersebut. saya datang period . selepas seminggu period, bulan seterusnya tidak datang sehingga lah sekarang. apa perlu saya buat doc ? adakah saya perlu ambil ubat yang sama ? atau mengambil pil perancang ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, haid terlambat boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi
- Gangguan pemakanan
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.