
Sulit
4 tahun
Tidak dtg haid. Rahim kembang
Umur 42, 2bulan lebih haid tdk dtg. Sdh chk kencing -ve. Scan doktor ckp rahim kembang. Apa kah masalah rahim kembang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah tidak datang haid boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Mengenai rahim kembang, sel otot rahim gagal untuk mengecut walaupun apabila hormon oxytocin yang berfungsi untuk mengecut dan memulakan kontraksi. Anda boleh baca lebih lanjut mengenainya di sini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!