
Sulit
4 tahun
Tidak dtg period selama 1bulan 9hari
Saya wanita brumur 20thn , kenapa sy lmbt dtg dtg

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham masalah haid lewat anda. Untuk makluman anda, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah antara 21 ke 34 hari manakala alirannya pula adalah 2 ke 7 hari. Kami memerlukan lebih banyak maklumat kerana kenyataan anda di ruangan soalan adalah tidak mencukupi.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk merekodkan kitaran haid dan alirannya di dalam diari ataupun aplikasi di dalam telefon pintar supaya anda dapat melihat bentuk kitarannnya dan juga boleh menjadi rujukan doktor semasa anda membuat janji temu. Jika keadaan ini berterusan dan mengganggu anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di DoctorOnCall untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas. Terima kasih