Sulit
2 tahun
Tidak haid pada tarikh yang normal
Saya berhubungan dengan suami pada 26 haribulan dan waktu sepatut haid ialah 1 haribulan adakah saya berisiko untuk hamil walaupun suami tidak memasukkan alat sulitnya dan hanya diletakkan di bahagian vulva… Dan pada tarikh 30 haribulan pula saya ada menerima vaksin adakah haid saya lambat berpunca dari vaksin?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kegelisahan anda mengenai kelewatan haid anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, selain kehamilan, haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Stres
- Masalah berat badan
- Penggunaan ubat perancang
- Masalah tiroid
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
- Fibroid atau polip rahim
- PCOS
Kemungkinan untuk kehamilan berlaku melalui cara yang anda terangkan adalah sangat rendah. Mengenai vaksin pula, mengikut kajian semasa, tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan hubung kait antara vaksin Covid-19 dengan masalah haid.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda memerlukan nasihat lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk konsultasi peribadi.
Terima kasih.