dayah229
6 tahun
Tidak haid selama 1 bulan
saya wanita lingkungan dalm 31 thun.sudah berumahtangga.masalah sekarang saya tidak datang haid selama 1 bulan.adakah saya patut buat test kehamilan,atau mahu tunggu waktu seterusnya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Manakala sakit perut yang anda alami dibawah perut sehingga ke belakang pinggang boleh disebabkan jangkitan saluran air kencing, batu karang, sindrom pra-menstruasi atau endometriosis. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























