
Anonymous
6 tahun
Tidak haid selama 2 bulan
saya seorang ibu yg berusia 27tahun.selepas saya makan pil noriday, 2bulan saya tidak haid…apa masalah saya?setiap hari saya tidak tinggal makan pil…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, pil noriday merupakan pil perancang kehamilan yang mengandungi progesterone iaitu salah satu hormon yang mengawal kitaran haid.
Selain sebagai pencegah kehamilan, pil noriday juga boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan dan salah satunya adalah haid tidak teratur atau berhenti pendarahan haid.
Namun begitu, tidak datang haid juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti kehamilan atau masalah hormon dan struktur rahim, ovari atau cerviks.
Untuk mengetahui punca masalah ini serta jika ia disebabkan oleh pil perancang tersebut, anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor sekiranya anda ingin menukar kepada teknik perancang kehamilan yang lain. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami secara atas talian. Terima kasih.