
Anonymous
5 tahun
Tidak haid selama 5 bulan
Saya wanita berumur 16 saya tidak datang haid selama 5 bulan saya tidak mengandung semasa sekali saya takut hendak ke klinik kerana risau akan penyakit lain. Saya kerap sakit kepala dan kerap kencing . Bole doktor bantu saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Namun oleh kerana anda baru dalam lingkungan remaja, haid tidak teratur ini biasa terjadi oleh kerana ketidakseimbangan hormon.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.