
Anonymous
6 tahun
Tidak haid selama 6 bulan
Saya tidak haid selama 6 bulan. Pada 2 bulan awal, saya buat pemeriksaan kehamilan melalui kaedah pregnancy test, dan ia negative, saya ulang pada bulan ke 4 masih negative .Perut terasa kembung. Dan terasa di bahagian bawah perut berdenyut-denyut. Bila saya buang air kecil terasa tidak puas, berwarna kuning oren dan senak,. Kadangkala ada lendiran pepejal keluar tetapi tidak berbau. Vagina saya juga tidak berbau mungkin kerana saya selalu menggunakan feminine wash setiap kali mandi.

6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat banyak sebab haid lewat. Anda mungkin mengalami masalah yang dipanggil haid tidak teratur akibat pelbagai punca. Kebanyakan masalah ini berlaku akibat gangguan hormon. Perkara yang boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon ini adalah:
- Sindrom polycystic ovari
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah berat badan berlebihan atau terlalu kurang
- Tekanan emosi
- Kehidupan harian yang terlalu sibuk atau terlibat dengan kegiatan sukan lasak
- Tabiat pemakanan yang tidak seimbang
Ia juga boleh disebabkan oleh masalah struktur rahim, ovari atau cerviks. Sekiranya kemungkinan mengandung telah dipastikan, maklumat lebih lanjut dan pemeriksaan perlu dilakukan bagi mengenal pasti masalah yang anda hadapi. Anda boleh merujuk kepada doktor memandangkan anda masih belum haid selepas mengambil ubat yang disarankan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.