
nooramirashafawi
5 tahun
Tidak haid tidak hamil
assalamualaikum dan salam sejahtera… sy wanita lewat 20an dh sudah berkahwin… sblum kwin haid sy memang xteratur tp tidak pernah miss dlm sbulan… lpas kwin last period sy bulan 6 dan smpai skrg tidak dtg…sy cek upt sy tidak hamil sehingga sy pergi cek doc untuk kpastian pun doc ckp negative melalui ujian air kencing… masalah nye skrg sy kerap sakit kepala sakit pinggang dan berasa loya cuma kdg2 je… boleh sy tahu kenapa ye lgpun sy xada ambil ape2 ubat.terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, haid. Haid yang lambat dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang teman anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.