Anonymous
6 tahun
Tidak/lambat datang haid
Saya berumur 17 tahun dan hampir 2 bulan tidak datang haid.Apakah punca-puncanya? Saya tak pernah melakukan hubungan kelamin,saya tidak tahu mengapa saya tidak datang haid hampir 2 bulan
6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin menghadapi masalah haid tidak teratur. Masalah ini adalah biasa dalam kalangan wanita dan terdapat banyak sebab ia berlaku.
Punca utama yang menyebabkan haid tidak teratur adalah ketidakseimbangan hormon yang mengawal kitaran haid. Ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara.
- Aktiviti harian yang terlalu sibuk, terlibat dalam aktiviti sukan atau senaman yang berat serta tekanan emosi atau stress
- Berat badan berlebihan atau terlalu kurang
- Masalah polycystic ovari
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitary
- Masalah struktur rahim, ovari atau cerviks
Tanpa maklumat lanjut dan pemeriksaan yang diperlukan, adalah sukar untuk mengenalpasti punca masalah anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian.
Terima kasih.
























