
Anonymous
5 tahun
Tidak lawas buang air besar
Ibu saya berumur 64tahun dan baru sahaja dalan 5 hari lepas menjalani sesi kimoterapi akibat kanser limfoma… Masalah ibu saya ialah susah buang air besar selepas sesi kimo… Bagaimana dan apakah yang harus saya lakukan dari segi ubat atau makanan untuk membantu ibu saya supaya senang lawas kerana dia sering sahaja mengadu sakit perut dan kerap ke bilik air tetapi gagal untuk buang air besar… Bantu saya doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, sukar membuang air besar anda boleh menyebabkan sembelit yang kemudiannya menimbulkan sakit perut. Ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Kurang pengambilan serat, kurang minum air
- Terlebih ambil zat besi
- Masalah tiroid - seperti hipotiroid
- Ketumbuhan dalam usus
Sebetulnya terdapat pengubatan yang boleh diberikan untuk melancarkan najis. Sebaiknya untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.