
Anonymous
5 tahun
Tidak mengalami period selama 5 bulan
Saya wanita sudah berkahwin tetapi sudah tidak period hampir memasuki bulan kelima. Saya telah membuat ujian upt, namun hasilnya negatif dan tiada tanda hamil. Adakah ini normal atau perlu berjumpa dengan doktor? Perlu atau tidak mengambil ubat turun darah? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur atau lewat adalah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- haid lewat akibat kehamilan
- masalah ovari, rahim atau serviks
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Jadi terdapat kemungkinan anda datang sedikit lewat pada kali ini. Oleh itu, sekiranya anda masih tidak datang haid melebihi kitaran 35 hari, anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui.
Sejarah perubatan dan pemeriksaan diperlukan untuk anda mengambil ubat turun darah. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.