Sulit
5 tahun
Tidak merancang penambahan ahli keluarga
saya lelaki berumur 20 an .hello doktor saya ingin bertanya ketika saya bersama pasangan melakukan seks kami berdua tidak merancang untuk kehamilan namun adakah pasangan saya akan hamil jika saya terpancut hanya sedikit air mani ?sedikit yang saya maksudkan adalah betul betul sedikit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, setiap hubungan kelamin tanpa perlindungan boleh menyebabkan kehamilan. Air mani yang mengandungi sperma boleh keluar sebelum hubungan kelamin itu bermula. Oleh itu, air mani anda boleh saja telah memasuki faraj pasangan walaupun anda belum ejakulasi atau “pancut”. Selain itu, air mani boleh kekal di permukaan kemaluan pasangan anda walaupun anda telah ejakulasi luar. Jika anda memasukkan kemaluan ke dalam farajnya selepas ejakulasi, air mani yang mengandungi sperma tetap boleh masuk ke dalam rahimnya. Selagi anda tidak memakai kondom atau tidak menggunakan sebarang pencegahan kehamilan, maka setiap hubungan kelamin yang tidak berpelindungan berupaya menyebabkan kehamilan kepada pasangan anda. Oleh itu, boleh dikatakan peluang hamil tetap ada.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































