
Sulit
4 tahun
Tidak pasti mengandung atau tidak
Hi doctor, i need your advice. saya dan partner melakukan hubungan intim dua minggu lepas without protection dan partner tidak memancut kedalam. Dan saya telah mengambil Ella Pill ,120 hours (atas nasihat farmasi) dan saya sepatutnya datang bulan pada hari ini 15 Feb. Bolehkah saya membuat buat UPT pada esok pagi, 16 feb mengunakkan upt jenama clearblue?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 9 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jika anda menjalankan ujian kehamilan, anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu selepas tarikh haid lewat anda untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.