
Sulit
4 tahun
Tidak pasti samada simptom covid19 atau lain
Saya wanita berumur 19thn. Beberapa hari lalu sy mengalami sakit kepala dan kesejukan badan tp tidak demam dan saya juga selalu keletihan walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti. Pada 3hri lps sy juga turut mengalami sakit² badan dan saya mula merasakan gatal dlm tengkak dan batuk. Saya sering merasakan kesejukan, keletihan dan sakit kepala. Adakah sy perlu ke hospital utk cek.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui punca anda mendapat gejala tersebut.
Berikut merupakan sedikit info berkenaan COVID-19:
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Kami sarankan anda untuk memantau dan mengawasi gejala anda dan segera menghubungi pihak berkaitan sekiranya keadaan anda semakin melarat. Gejala yang anda sebutkan juga boleh berpunca dari sebab-sebab lain seperti:
- Radang tonsil
- Jangkitan telinga
- Radang tekak (pharyngitis dan laryngitis)
- Demam viral (viral fever)
Kami juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung di atas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini