rossiahhassim1999
6 tahun
Tidak period 2 bulan
Saya wanita 20 thn. Saya tidak period sejak kebelakangan ini. Sudah masuk 2 bulan saya tidak period. Jikalau dibawa ke doktor, apa yang mereka akan check. Adakah mereka akan mengecheck bahagian sulit?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda ingin berjumpa doktor mengenai perkara ini, adalah jarang sekali pemeriksaan alat sulit dilakukan kerana kebanyakkan punca haid lewat adalah berkaitan hormon yang perlu dicari melalui ujian darah ataupun ujian “ultrasound” (sekiranya melibatkan ovari). Namun dalam kebanyakkan kes, punca boleh dicari melalui pertanyaan mengenai sejarah kesihatan dan kitaran haid anda.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
























