
Sulit
4 tahun
Tidak period 5 bulan tidak hamil
Saya wanita berusia 30tahun,
Saya tidak period sudah 5 bulan upt negatif,perut selalu cramp.
Saya pernah alami keguguran dan sudah 3 tahun khawin tanpa zuriat.
Saya harap doktor boleh bantu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami bersimpati dengan masalah anda dan memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi iaitu haid lewat. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!