
Sulit
3 tahun
Tidak period tempoh panjang dan sakit bahagian abdomen bawah sebelah kanan
saya wanita awal 20an, bingung tentang keadaan saya, saya sudah tidak datang haid sejak June sehingga Disember sekarang, saya ada dua soalan.
bila check kk, doc cuma cakap hormon tidak stabil tetapi saya merasa sakit 8/10 tahap kesakitan sehingga x boleh bergerak di abdomen bawah sebelah kanan sy pada masa masa tertentu… check ujian kencing jumpa kencing kotor sahaja… diberi ubat untuk cuci usus
check up kedua, dua minggu selepas check up pertama, seoanjang dua minggy masih ada sakit pada hari yg tidak tentu dtg secara tiba² tetapi doktor cuma bagi advice untuk minum air banyak jee… sehingga harini sakit pda tempat yg saka kadang muncul

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan hormon
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Endometriosis
- Fibroid dalam rahim
- Policystic Ovary Syndrome
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan