Sulit
4 tahun
Tidak period, UPT negetif
Saya berumur 23. Sudah berkahwin 2019 yg lalu. Saya ada mengamalkn jamu baru2 ini. setelah itu, period saya tidak datang lagi. Last saya period 6/12/2020. Hari ini 25/02/2021. saya juga dah check upt, tapi keputusan negetif. Adakah saya perlu ke kelinik sakit puan berdekatan utk check status sebenar kesuburan saya samaada saya mengalami masalah atau tidak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat selain kehamilan, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat.
Terdapat kemungkinan keputusan pertama anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Selalunya saya akan nasihatkan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid anda lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.





























