
Sulit
4 tahun
Tidak puas nafas dan ketika sendawa mcm nak muntah
Saya lelaki 32 tahun dan saya mengalami tidak puas nafas dan ketika sendawa mcm rasa nak muntah. Ia berlaku setiap hari selama 5 bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi pihak saya untuk membuat kesimpulan. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut, pemeriksaan serta ujian adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.