Sulit
5 tahun
Tidak terdedah secara close contact dengan orang yang postive covid19. Adakah masih perlu jalani saringan?
Adakah symptom batuk dan demam adalah wajib bagi covid 19?
Saya mengalamai sedikit ketidakselesaan Di bahagian tekak tetapi masih tidak batuk dengan kerap (cuma kadang kala batuk) dan tidak mengalami demam dan selsema.
Info tambahan, saya tidak ke luar negara dalam masa 1-2 bulan ni dan rakan sekerja (yg bukan merupakan contact rapat) disahkan positif pada 15/3 yg lepas (admitted pada 13/3 hospital Ampang). Saya tidak mempunyai contact rapat dengannya kerana tarikh terakhir saya masuk ke pejabat adalah pada 9/3. Jadi perlukah sy jalani saringan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Oleh kerana anda tidak mempunyai simptom, tiada sejarah ke negara berisiko tinggi untuk COVID-19 dan tiada kontak rapat dengan sesiapa yang positif untuk COVID-19, anda tidak perlu menjalani ujian COVID-19. Anda tetap digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































