
Sulit
4 tahun
Tidakdatng haid 3bulan
Sy berusia 45 thn…sy tidak dtg peroid selama 3 bulan dan mggu lps sy sy dtg haid hanya lendir bercampur ketulan darah beku dlm amaun yg sedikit selama 2 hari…sy check kemamilan result negatif…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Berdekatan menopaus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor atau pakar wanita (gynaecologist). Pakar wanita lebih arif tentang masalah uang boleh wujud dalam sistem reproduktif seorang wanita dan boleh membantu menjelaskan keadaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian atau klik link (booking specialist) ini untuk bercakap dengan pakar wanita kami atas talian. Terima kasih.