
Anonymous
5 tahun
Tidal datang period selama 3bulan lebih
Saya wanita berumur dlm 30an…selepas saya mengambil pil perancng…haid sy xdtg2 lg…saya masih menyusu badan ank 5buln lebih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang akan melambatkan haid, Antaranya ialah:
- Kehamilan
- Umur
- Berat badan dan diet
- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Ubat-ubatan (pil perancang)
Berdasarkan keterangan anda, sebab kemungkinan haid anda lambat adalah pengambilan pil perancang dan puan masih menyusukan bayi. Perkara ini boleh menyebabkan haid tidak datang.
Kami memahami bahawa perkara ini membimbangkan anda, anda boleh merujuk masalah ini dengan doktor kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.