
Sulit
4 tahun
Tidur malam dengan kipas menghala ke kaki semalaman
Salam sejahtera. Nk tanya. Bahayakah tidur dengan kipas angin menghala pada kaki semalaman??Adakah boleh menyebabkan lemah tenaga batin??ke tiada kaitan??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah anda.
Untuk makluman anda, TIADA kajian yang mengatakan tidur malam kipas menghala ke kaki boleh menyebabkan lemah tenaga batin.
Lemah tenaga batin biasanya berpunca daripada:
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.