
Sulit
4 tahun
Timbul biji di bahagain bawah kemaluan
Saya selalu mencukur bulu di kemaluan saya, kemudiannya timbul biji-biji…dahulu tidak ketara…namun sekarang biji tersebut semakin banyak…adakah ianya berbahaya…dan bagaimana cara untuk memgatasinya…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah biji yang timbul di kawasan kemaluan anda. Untuk makluman pihak anda sebelum diketahui cara untuk mengatasi masalah ini, punca sebanar ruam anda haruslah dikenal pasti terlebih dahulu. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Iritasi akibat dari mencukur
Jangkitan kulat (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
Jerawat
Fordyce spots
Alahan
Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutama sekali sekiranya ia disertai dengan gatal, kemerahan, bernanah, sakit ketika kencing atau ketika melakukan hubungan seks.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.