Sulit
6 tahun
Timbul biji keras di zakar
Hi saya lelaki berusia 18 tahun baru baru ini saya perasan di batang zakar sayang timbul sebiji benjolan keras yang kecil tapi tidak menyakitkan.Tetapi selepas seminggu ia menjadi putih seperti biji nanah dan kawasan di sekeliling biji itu membengkak benjol sedikit yang sakit bila disentuh adakah ia bisul doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa kemungkinan penyebab benjolan tersebut, antaranya:
- Masalah kulit seperti benjolan nanah, bisul atau jerawat
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































