
Sulit
4 tahun
Timbul jerawat di tempat alat kelamin
Saya wanita berumur 35 tahun. Mengalami jerawat timbul di kawasan alat kelamin saya. Jerawat yg berwarna putih dan ada yg berwarna merah. Adakah itu merbahaya utk diri saya? Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh anda, kami faham situasi yang anda sedang alami. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut, seperti:
- Penjagaan bahagian sulit yang tidak begitu bersih
- Radang kulit pada bahagian tersebut
- Pakaian dalam yang tidak bersih ataupun kain pakaian dalam yang tidak sesuai dengan kulit anda
- Jangkitan kelamin
- Vaginitis
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Pemeriksaan lanjut oleh doktor amatlah diperlukan untuk mengetahui puncanya dan supaya rawatan dapat diberikan.
Keadaan tersebut adalah normal dalam kalangan wanita tetapi ia perlu diberi perhatian kerana ia juga mungkin berpunca daripada sesuatu penyakit. Oleh itu, kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan bersama doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.