
Sulit
3 tahun
Timbul ruam di muka selepas menerima vaksin pfizer dos2
Saya wanita berumur 36 tahun… Selepas 11 hari saya menerima vaksin pfizer timbul ruam di muka saya… Ada kah ini kesan dari vakin tersebut…? Dan apa yang perlu saya buat…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, ruam pada muka bukan kesan dari vaksin pfizer. Mungkinnya ia disebab oleh beberapa perkara lain, contohnya alahan kulit, jangkitan kulit, jerawat, penyakit kulit, penyakit tisu penghubung dan lain-lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, kami menyarankan anda merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.