
Sulit
3 tahun
Tips tetap Kurus, ramping Dan sihat walaupun dah beranak
Hai doktor, salam sejahtera. Saya wanita berumur 20-an. Doktor saya nak minta nasihat/tips lah macam mana nak kekalkan bentuk badan yang kurus, ramping Dan sihat walaupun dah pernah beranak? Saya sedar kebanyakkan wanita lepas je beranak mesti perut menggeleper Dan banyak selulit/stretch mark…saya risau Dan rasa insecure lah…Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang tips untuk kekal kurus selepas bersalin. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Untuk makluman anda, menyusukan bayi membantu membakar lemak yang tersimpan semasa hamil untuk menghasilkan susu ibu. Ibu yang menyusukan bayi boleh kehilangan berat badan sebanyak lebih kurang 0.5 kg sebulan hanya melalui penggunaan tenaga untuk penghasilan susu ibu.
Jika anda membuat keputusan untuk mengurangkan sedikit pengambilan makanan, tunggu sehingga enam atau lapan minggu selepas melahirkan bayi. Anda memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk kekal sihat, aktif dan berkemampuan untuk menjaga bayi. Anda dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan dengan menggabungkan amalan pengambilan makanan yang seimbang dan kurang lemak serta melakukan senaman secara sederhana. Pengurangan berat badan yang mendadak boleh membahayakan bayi memandangkan toksin yang tersimpan di dalam lemak ibu boleh terbebas, masuk ke dalam darah dan seterusnya masuk ke dalam susu ibu.
Terdapat beberapa tips yang boleh diguna pakai setelah bersalin untuk mengekalkan bentuk tubuh yang ramping:
- Menyusukan bayi
- Bengkung
- Diet yang seimbang
- Bersenam
- Banyakkan minum air masak
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.