Sulit
6 tahun
Tiub follipio kiri tersumbat
sy berumur 30 tahun. dan bru 3 bulan berkawin.sy ada ke klinik utk scan n doc sahkan tiub folipio kiri tersumbat… tapi kanan oke dalam keadaa baik… adakah sy masih ssh hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Merujuk kepada pertanyaan anda, sebetulnya ketidaksuburan dapat terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Ia tidak dapat dikenalpasti daripada kitaran haid seorang wanita sahaja. Antaranya hal yang lazim menjadi penyebab ketidaksuburan adalah:
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan seperti bentuk rahim
- masalah hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis yaitu apabila tisu rahim tumbuh diluar rahim
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Untuk pengetahuan puan, tiub fallopio adalah merupakan tempat terjadinya persenyawaan diantara sperma dan ovum. Justeru, apabila salah satu tiub fallopio tersumbat, maka tempat terjadinya persenyawaan berkurang menjadi satu sahaja.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































