
Annisa
6 tahun
Tolong saya mengenai kehamilan ini
Umur saya 37 dan baru 3bulan lbh berkahwin. Haid terakhir saya 1/5/2018 selama 5hari. Kitaran haid saya teratur antara 28-32hari. Saya juga aktif dgn rutin senaman di gym (bodypump/weight training/circuit training/cycling). Pada hari ke2 lewat haid, saya telah buat upt dgn clearblue dan hasilnya pregnant 1-2weeks. Sejak dari itu, saya langsung tidak ke gym kerana ramai yg suruh berjaga jaga. Saya belum lagi berjumpa mana mana doktor utk pengesahan kehamilan. Bahagian abdomen sebelah kanan kiri dan juga tengah bawah ada terasa menyucuk pada waktu2 tertentu tapi lebih terasa di bahagian kanan. Terasa sgt malas dan letih tapi mungkin sebab puasa. Bila masa yg sesuai utk saya berjumpa doktor ya? Perlu ke tunggu sehingga 2 minggu lewat haid? Dan tidak boleh langsung ke saya ke gym utk rutin senaman saya? Saya merasa agak lesu dan stress kerana sudah lama tidak ke gym. Beri panduan doc. Terima kasih.

6 tahun
Hai. Salam sejahtera dan terima kasih kerana bertanya.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat ‘booking’ ataupun membuka rekod kehamilan seawal yang mungkin. Ini penting untuk mengenal pasti sekaranya terdapat komplikasi ataupun penyakit yang boleh datang bersama dengan kehamilan ini. Sakit pada bahagian bawah perut yang anda alami itu juga adalah antara masalah biasa yang dihadapai oleh wanita pada tahap awal kehamilan.
Untuk senaman, anda dibenarkan untuk meneruskan gaya hidup sihat tersebut. Walaupun begitu, anda perlu mengelakkan dari bersenam dengan intensiti yang sama ketika masa sebelum hamil. Anda disarankan untuk melakukan aktiviti yang tidak mengenakan impak yang tinggi kepada tubuh badan seperti melompat dan berlari dengan laju. Anda boleh mencuba untuk berenang, melakukan yoga, pilates ataupun berbasikal di dalam gymnasium.
Adalah penting untuk anda tidak melengahkan lagi masa untuk membuat temu jani dengan doktor dan seterusnya membuka buku rekod kehamilan.