
Sulit
4 tahun
Tompok darah pada hari keeempat makan ubat postinor 1 pil sahaja
hi doc selepas makan ubat postinor saya alami sakit perut sebelah kiri, saya baru sahaja makan 4 hari tapi alami tompokan dari sedikit sahaja, apakah ubat itu berkesan atau tidak?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pil perancang yang anda ambil mempunyai beberapa kesan sampingan:
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Alahan kulit
- Pendarahan spotting
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik!
Pendarahan spotting anda boleh berlaku disebabkan punca lain selain kesan sampingan pil perancang. Pendarahan yang sedikit dan boleh disebabkan oleh:
- ovulasi
- pendarahan akibat implantasi zygote
- hamil
- pra-menopaus
- trauma
- polyp rahim atau pangkal rahim
- penyakit jangkitan kelamin
- penyakit radang pelvik
- endometriosis
- sindrom polisistik ovari
- tekanan hidup
- masalah kelenjar tiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.