Sulit
5 tahun
Tompok gelap bawah zakar
Sy nak bertanya skit tentang masalah yg sy hadapi skrg ni. Zakar sy agak sukar utk menegang atau teransang, dan bila dah tegang(stim) tapi skejap shj and then cepat kendur semula. Sy mula perasan ada tompok gelap pd bhgn bawah tengah zakar sy. Apa tandanya itu doktor? Dan boleh bgi nasihat dan rawatan apa yg sy perlu buat. Sy harap sgt doktor boleh membantu masalah sy ini. Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah zakar.
Untuk makluman anda, masalah sukar tegang dan cepat kendur boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung - Diabetes
Masalah ini boleh dielakkan dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Tentang tompok gelap di bawah zakar, saya kurang pasti akan hal itu, saya perlu melakukan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu bagi mengetahui keadaan sebenar yang anda alami. Oleh itu sekiranya hal ini menganggu aktivit anda tertuamanya hubungan seksual, sila berjumpa dengan doktor di klinik.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.


































