
Sulit
4 tahun
Tompokan hitam pada kulit
Saya berusia 27thn… Sejak akhir2 ni saya rs gatal2 pada kaki dan tangan… Slps garu , ada tompokan hitam pd kulit …dan skrg bila disentuh tompokan hitam tu rasa gatal…dan bila tdk disentuh…tdk rs gatal… Adakah ini slh satu simptom2 diabetes ?? Atau ad pnyakit lain slain itu?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai sebab kepada masalah tompok hitam yang anda hadapi:
- parut luka yang berbekas
- vitiligo jenis hyperpigmented
- tahi lalat
- kanser kulit
Hasil daripada luka pada kulit akan menyebabkan kesan seperti tompok hitam. Apabila kulit cedera, keradangan akan menyebabkan bertambahnya penghasilan hormon yang memberikan warna hitam kepada kulit iaitu melanin. Oleh sebab itu, parut akan kelihatan gelap atau hitam.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.