
Sulit
5 tahun
Tompokan merah dan kuning pada air mani
Saya lelaki berusia 30 tahun. Sebulan yg lalu saya perasan ada tompokan berwarna merah pada air mani saya. Ia berlarutan dan baru2 ini saya perasan terdapat tompokan kuning pada air mani saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya, untuk kebanyakan lelaki berusia dibawah 40 tahun, air mani berdarah bukanlah petanda sesuatu yang merbahaya. Untuk makluman anda, air mani berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah prostat seperti keradangan prostat
- epididymitis keradangan saluran yang mengeluarkan air mani
- trauma akibat pergerakan fizikal aktiviti seksual
- jangkitan saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.