
murnidaniel
5 tahun
Tonsel membesar dan bengkak
Hai dokter saya nak bertanya berkaitan tonsel kanak2… Anak daya berumur 7thun dan tonsel dia agak besar… Saya risau dia susah nk mkn dan menelan makanan, dan saya tgok tonsel nye bulat kedua belah dan sebelah kiri ada sedikit benjolan keluar dari yg bulat… Rasa nyaa apa perlu saya buat dokter… Perlu ke saya buat pembedahan untuk anak saya ni ada ada suplemen yg bole redakan tonsel yg bengkak mcm ni

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, tonsilits pada anak biasanya terjadi disebabkan anak yang sensitif terhadap jangkitan virus ataupun bakteria. Pada kes-kes ringan, ubatan seperti antibiotik dan supllemen vitamin dapat diberikan bagi membantu memberi daya tubuh anak melawan jangkitan. Bagi kes sakit tonsil berat pula, sebaiknya dibawa untuk konsultasi doktor sebelum ditentukan keperluan untuk dilakukan pembedahan ataupun tidak. Biasanya pembedahan dilakukan sekiranya bengkak yang berlaku merbahaya terhadap kesihatan.
Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anak anda memerlukan perawatan lanjut atau tidak. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan memperoleh keterangan tambahan. Terima kasih.