
Sulit
3 tahun
Trauma pada alat sulit
Hai doktor, saya nak tanya beberapa soalan. Apakah maksud trauma pada alat sulit, apakah punca-punca yang menyebabkan trauma pada alat sulit serta bagaimanakah cara menghilangkan trauma pada alat sulit dan apakah kesan buruk jika berlaku trauma pada alat sulit?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda ingin mengetahui tentang trauma pada alat sulit. Kami akan cuba menjelaskan secara ringkas kepada anda tentang hal ini.
Untuk makluman anda, secara umum, trauma pada alat sulit bermaksud kecederaan pada kemaluan. Terdapat pelbagai punca ianya boleh berlaku, termasuk:
- Adanya benda asing yang masuk
- Kemalangan
- Pemerkosaan
- Pelecehan seksual
- Kecederaan fizikal yang lain
Masalah trauma pada alat sulit perlu mendapatkan pemerhatian daripada doktor dengan segera bagi mengelak masalah kesihatan yang serius, seperti:
- masalah kesuburan
- masalah kencing
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.