Sulit
5 tahun
Treatment untuk Fibroadenoma
Saya berumur 20 tahun dan seorang wanita. Baru2 ini saya dapat tahu saya ada fibroadenoma pada breast kiri dan kanan saya. Doktor sarankan saya untuk buang tapi saya takut kesan akan datang jika saya buang dan saya juga masih belum berkahwin.
Ada cara lain tak selain pembedahan? Dengan jaga makan atau senaman? Boleh juga explain tentang kesan-kesan jika saya tidak buang ? Saya sangat risau .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Fibroadenomas adalah benjolan payudara yang jinak yang paling biasa dijumpai di kalangan remaja. Kebanyakan fibroadenomas boleh diuruskan secara konservatif tanpa pembedahan, bagaimanapun, sesetengah orang ramai yang ada gejala tambahan (seperti rasa sakit atau ketidakselesaan) atau peningkatan saiz mungkin memerlukan pembedahan.
Prosedur pembedahan yang biasanya dilakukan untuk mengeluarkan benjolan dikenali sebagai biopsi pengecualian. Dalam prosedur ini, pakar bedah akan membuang tisu payudara dan menghantarnya ke makmal untuk memeriksa kanser. Selalunya, prosedur itu akan dilakukan di bawah anestesia umum dan boleh mengambil masa sehingga dua hari.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































