
Sulit
4 tahun
Tuan/Puan, Kalau hisap ganja, kemudian datang ke hospital untuk buat HIV test, keputusan HIV itu dapat kesan positif atau tidak dalam result HIV test tu.. Minta jasa baik untuk beri penjelasan ya tuan/puan.. Terima kasih
Tuan/Puan, Kalau hisap ganja, kemudian datang ke hospital untuk buat HIV test, keputusan HIV itu dapat kesan positif atau tidak dalam result HIV test tu… Minta jasa baik untuk beri penjelasan ya tuan/puan… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Saya akan memberitahu anda bagaimana HIV boleh berjangkit. Untuk makluman anda, HIV boleh didapati daripada:
- darah
- air mani
- air mazi
- cecair rektum
- cecair faraj
- susu ibu
HIV boleh merebak kepada seseorang jika:
- melakukan hubungan seks tanpa kondom
- berkongsi jarum untuk dadah
- pemindahan darah atau organ yang tercemar dengan HIV
- ibu yang telah dijangkiti memberikan susu kepada bayinya
Pada peringkat awal, pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda HIV dan kelihatan sihat namun dia adalah positif. Seeloknya jika anda mengesyaki diri anda mempunyai HIV anda perlu membuat ujian HIV yang boleh dibuat dimana-mana klinik dan hospital. Seeloknya HIV perlu dikesan dengan awal supaya dapat melakukan rawatan dengan awal untuk menurunkan kadar virus dalam badan. Anda boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Dadah boleh memberikan kemudaratan kepada kesihatan dan ianya dikenali sebagai musuh nombor satu negara. Sekiranya anda ingin mengetahui perkara ini dengan lebih mendalam, anda boleh klik link (DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih