Sulit
4 tahun
Tukar depo ke pil parancang
Saya nak tanya.saya habis depo 17 hb Mei ni.saya nak tukar ke pil perancang.boleh ke terus makan pil perancang atau tunggu datang haid dulu
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Umumnya, terdapat beberapa jenis pil perancang dengan indikasi dan cara pengambilan yang berbeza, justeru itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor anda kembali atau pakar kesihatan wanita bagi menentukan kaedah rawatan perancangan keluarga yang terbaik buat diri anda saat ini lebih-lebih lagi setelah mengamalkan suntikan perancang sebelumnya. Selain daripada itu terdapat juga kaedah perancangan keluarga yang lain antaranya termasuk IUCD dan kontrasepsi jangka panjang yang lain.
Berdasarkan kajian semasa, kondom lelaki didapatkan 95% efektif dalam mencegah kehamilan dan merupakan pilihan perancangan keluarga yang terbaik sementara menunggu kaedah perancang yang disarankan oleh doktor anda.
Lazimnya sesetengah pil perancang akan hanya berkesan jika diambil pada hari pertama haid berlangsung dan berterusan setiap hari, sehingga perancangan keluarga ingin dibatalkan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.



































