
Sulit
3 tahun
Tulang vagina sakit ngilu/ngeri
Saya pelajar berusia 17 tahun.Saya kadang-kadang kena sakit di dalam tulang vagina seperti ngilu/ngeri/tulang bertemu tulang.Saya pernah kena semasa saya bermain badminton dan saya lompat,kedua saya bermain tali skipping dan sakit dan yang ketiga saya kena semasa saya bangun untuk berjalan.Sangat sakit.Saya risau kerana takut sakit yang serious.Adakah ini normal atau serious

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Maaf, kerana kami tidak dapat menyimpul punca masalah anda kerana maklumat yang diberikan oleh anda tidak mencukupi. Namun secara umumnya, masalah anda boleh disebabkan oleh :
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Kekejangan otot
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.